
Saya memang bulat.
Bulat mata.
Mak saya kata saya tembam dulu.
Masa kecil mungkin tembam, sekarang saya gemuk.
*ketawa*
Nama saya SFZ. Awak boleh panggil saya Zara.
Gelaran Lord itu saya dapat daripada siapa adalah cerita lain. Awak panggil saya Zara.
Mak saya kata, tanggal 29 Ogos 1987, Mak sedang berada di sekolah penempatan pertama dia (yang secara ajaibnya telah menjadi tempat saya menghabiskan persekolahan menengah setelah kami berpindah ke kawasan tersebut selepas 10 tahun).
Tatkala Mak sedang mengajar, Mak merasakan tahap keganasan saya mula memuncak. Mak terpaksa meminta pertolongan rakan sekerja untuk menghantar Mak ke Hospital Muar (kini dikenali sebagai Hospital Pakar Sultanah Fatimah). Memendekkan penerangan, saya dilahirkan pada jam 12.55 tengah hari yang sedikit sebanyak mempengaruhi emosi saya yang agak panas baran.
Oh ya, mengenai gambar ini - secara terangnya, ia adalah saya sebelum berusia satu tahun. Menurut keterangan di gambar yang mengiringi gambar ini, tatkala saya sedang terduduk seperti seekor beruang di lantai rumah moyang saya pada bulan Januari 1988. Secara harfiahnya, saya berumur lima bulan saat itu.

[16 Ogos 2009]
...dan sebelum saya menjangkau usia 22 tahun Ogos lepas, ternyata selepas 21 tahun, saya masih menggemari kaedah duduk yang sempurna seperti seekor beruang itu. Masa mungkin berlalu pantas, tetapi adakah cukup pantas dari menghalang saya menjalani kehidupan yang menggembirakan? Tidak!
Oh ya, penulisan ini adalah khas untuk pertandingan yang dianjurkan oleh saudari yang gemarkan warna merah jambu tetapi menjadikan warna hitam dan putih sebagai warna asas dalam penulisan blog nya. Ya, tepukan untuk Laila.
Zara : Sedang menyanyikan lagu 'Ternyata' oleh Estrella. Entah mengapa bait-bait lagunya tiba-tiba menusuk hatiku.








































